Covid-19: Selangor catat 278 kes aktif

0
1

SEBANYAK 278 kes aktif dengan kebolehjangkitan direkodkan di Selangor, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Daripada jumlah itu, 109 kes membabitkan individu yang mendapat jangkitan dari negeri lain.

“Orang awam perlu terus patuh tatacara operasi piawai (SOP) dan tidak melawat mana-mana individu yang sedang menjalani kuarantin.

“Keutamaan kini adalah nyawa serta kebajikan masyarakat serta buang sikap mementingkan diri sendiri. Amalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kerap basuh tangan,” katanya menerusi Facebook.

STFC memaklumkan, sebanyak 216 kes dicatatkan sepanjang 3 Oktober hingga Jumaat lalu dengan 214 jangkitan tempatan.

“Corak peningkatan sangat ketara apabila dibandingkan dengan minggu sebelumnya iaitu 93 kes direkodkan melibatkan 90 jangkitan tempatan. Corak ini selari dengan kadar jangkitan kebangsaan,” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan 26 kes baharu menjadikan keseluruhan 2,601 kes. – Malaysiapost