563 kes positif Covid-19 hari ini

0
1

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 563 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini dan mencatatkan dua kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh harian pula adalah 109 kes.

“Kes positif Covid-19 di Sabah menyumbang jumlah tertinggi secara keseluruhan iaitu sebanyak 291 kes (51.7 peratus) daripada kes baharu hari ini.

“Ia susulan aktiviti saringan yang terus dijalankan di lapangan terutama di daerah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKPD secara Pentadbiran,” katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 98 kes dengan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost