PKPB di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dilanjutkan sehingga 26 Oktober

0
1

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna dilanjutkan bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji menerusi satu kenyataan berkata, langkah itu susulan kes positif Covid-19 di empat daerah terbabit masih tinggi.

“Laporan mengenai kes positif Covid-19 di Sabah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih menunjukkan bilangan kes positif yang agak tinggi iaitu sebanyak 277 kes.

“Daerah yang diistihar kawasan merah masih merekodkan bilangan kes positif yang banyak,” katanya.

Hajiji berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti dalam daerah Semporna dan satu lokaliti di daerah Kunak telah dikuatkuasakan mulai hari ini hingga 23 Oktober,

“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (Covid-19) akan terus memantau perkembangan penularan Covid-19 di negeri ini dengan rapi dan mengambil tindakan bagi membendung penularan.

“Kerjasama semua penduduk di Sabah amatlah diharapkan supaya penularan pandemik ini di Sabah dapat dikawal. Sila patuhi nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan jadikan ia satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian,” katanya.-Malaysiapost