Covid-19: 6 kluster baharu, 4 sahaja di Selangor

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

ENAM kluster baharu dikesan hari ini iaitu empat kluster dikesan di Selangor, manakala masig-masing satu kluster di Sabah dan Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau memaklumkan, empat kluster di Selangor itu dikenali sebagai Kluster Bah Manggis, Utama, Tasik dan Simera.

“Kluster Bah Manggis membabitkan daerah Tawau Sabah dan Kuala Langat, Selangor iaitu kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti pada 5 Oktober lalu, di mana 107 individu sudah disaring. Hasilnya lapan dikesan positif, 26 negatif dan 73 individu lagi masih menunggu keputusan.

“Bagi Kluster Utama pula,ia dikenalpasti di Gombak dan Petaling, Selangor iaitu kes indeks dikesan pada 4 Oktober lalu. Seramai 114 individu disaring dengan 10 daripadanya dikesan positif, 15 negatif dan 89 masih menunggu keputusan,” katanya, hari ini.

Noor Hisham berkata, Kluster Tasik pula membabitkan Miri, Sarawak serta Petaling, Hulu Langat dan Klang, Selangor.

“Kes indeks dikenal pasti positif hasil saringan bergejala pada 3 Oktober lalu. Sehingga tengahari tadi 15 individu disaring dan hasilnya 10 dikesan positif, seorang negatif dan empat lagi sedang menunggu keputusan.

“Manakala, Kluster Simera pula membabitkan daerah Besut, Terengganu, Kuantan, Pahang serta Petaling, Klang dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks di kesan pada 6 Oktober, di mana 126 disaring dan hasilnya lapan positif, 88 negatif dan 30 menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Putra, Sarawak, Noor Hisham berkata ia dikesan pada 8 Oktober dan Kluster Highway, Sabah pula dikesan pada 3 Oktober.

Sementara itu, sebanyak 374 kes positif Covid-19 dikesan hari ini dengan Sabah mencatatkan bilangan tertinggi dengan 277 kes, diikuti Selangor (44) dan Kedah (27).

Selain itu, tiga kematian direkodkan hari in iaitu kesemua mangsa dari Sabah.- Malaysiapost