PELAKON, Nazim Othman atau Nushrul Alif Othman, 36 terpaksa masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik air akibat kehilangan kunci.
Jelas Nazim, insiden itu bukan sesuatu yang kelakar apabila beliau yang dalam kepenatan selepas penggambaran, pulang ke rumah namun tidak dapat membuka pintu kerama kunci tidak dapat dijumpai.

“Balik shooting (penggambaran) tengah malam, lepas parking (letak kenderaan), cari kunci kereta, tak ada.
“Punggah satu kereta cari pun tak jumpa. Dah la tengah penat, mengantuk lepas itu berpeluh-peluh badan kat parking area yang panas tu,” katanya menerusi Instagram.
Nazim berkata, akhirnya dia dapat memikirkan jalan penyelesaian untuk masuk ke rumah.
“Nasib baik masa kecil dulu selalu tengok cerita MacGyver. Terus sel-sel otak berhubung dengan kelajuan cahaya.
“Akhirnya dapat juga masuk rumah… ikut tingkap bilik air. Nasib baik aku kurus,” katanya.
Pelakon drama Pengantin Satu malam itu turut berseloroh menyatakan kejadian itu membuatkan dia perlukan seorang pengurus peribadi atau lebih baik isteri.
“I need a PA… or maybe a wife. Eh? Tiba (saya perlukan seorang pengurus peribadi atau mungkin isteri),” katanya.
Selama dua tahun, Nazim masih lagi menduda selepas bercerai dengan pelakon Bella Dally pada 2 Mei 2018. – Malaysiapost

