SOP baharu kekang penularan Covid-19 dalam penjara

0
2

KERAJAAN hari ini mengumumkan prosedur standard standard (SOP) baharu yang akan digunakan Jabatan Penjara Malaysia bagi menyekat penularan Covid-19 di kawasan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) ia membabitkan SOP pengurusan banduan di penjara, SOP penerimaan banduan baru serta SOP bagi mengiringi banduan ke mahkamah yang telah pun digunakan.

Sebelum ini, beberapa kluster muncul dari dalam penjara mengakibatkan kes harian Covid-19 meningkat mendadak, antaranya Kluster Tembok di Kedah, Kluster Benteng LD di Sabah dan Kluster Reman di Pulau Pinang.

Berikut ialah SOP yang telah ditetapkan:

1. Penerimaan Banduan

• Saringan COVID-19 akan dilakukan kepada banduan yang dikuarantin sebaik sahaja masuk.

• Banduan yang bergejala semasa dalam tempoh kuarantin hendaklah dirujuk kepada hospital dan saringan kedua akan dilakukan pada hari ke-13.

• Setelah tamat tempoh kuarantin, banduan yang negatif akan dipindahkan ke Blok Penempatan Kekal pada hari ke-15 dan akan diasingkan selama 5 hari daripada bercampur dengan banduan lain.

2. Pengurusan Banduan

• Jawatankuasa urusetia pengurusan krisis Covid-19 diwujudkan dan diaktifkan.

• Pengoperasian Penjara Sementara diwujudkan bagi mengelakkan kesesakan.

• Mewujudkan base untuk anggota KKM di kawasan berhampiran untuk merawat banduan yang tidak kritikal di Blok Penempatan.

• Banduan sedia ada dalam Penjara tidak dibenarkan keluar penjara kecuali bagi tujuan rawatan dan pengurangan kesesakan.

• Pergerakan dalam Penjara di hadkan kecuali banduan dapur dan banduan kebersihan.

• Lawatan keluarga banduan dibatalkan serta-merta.

• Membuat sanitasi dalam dan luar Penjara 2 kali sehari.

3. Pengiringan Banduan ke Mahkamah atau Pemindahan

• Penjarakan sosial di dalam kenderaan.

• Pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai pengiring dan banduan perlu dilakukan untuk mengesahkan fit to travelling dan bebas gejala Covid-19.

• Memastikan penjarakan sosial di dalam kenderaan.

• Memastikan alat bantuan keselamatan dan kenderaan yang akan digunakan telah dinyahkuman.

• Peralatan bantuan lain termasuk sarung tangan, pelitup muka dan hand sanitizer perlu disediakan sepanjang masa.- Malaysiapost