SEORANG perunding kecantikan di Elite Parkson, pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 selepas keputusan saringan semalam.
Parkson Malaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis tersebut

Berikutan itu, kerja sanitasi dan nyah kuman dijalankan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pihaknya juga telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama untuk proses sanitasi.
“Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu,” katanya.
Pengurusan pusat membeli-belah 1 Utama turut memaklumkan pengesanan kontak rapat masih dijalankan ketika ini. – Malaysiapost

