Mohammad Amirul Saharuddin
[Sudut Pandang] Saban hari peningkatan kes covid-19 semakin merisaukan, sketsa isu politik tanah air juga tidak kurang sunyinya.
Meskipun kes Covid-19 semakin meningkat seolah tidak memberi sebarang kesan kepada sesetengah ahli politik yang kerap kali dilihat mengutarakan posisi jawatan dalam kerajaan terutamanya kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Malahan seruan “gencatan politik” yang disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Ikatan bangsa Malaysia (DPI Shahir Adnan juga ditepis mudahnya.
Sepatutnya sistem demokrasi yang termaktub di dalam perlembagaan dihormati oleh semua pihak terutama sekali ahli politik namun sejak berakhirnya PRU-14, sistem demokrasi seperti dimomok, dipersendakan oleh individu yang rakus bercakap soal kuasa dan jawatan.
Hidup rakyat semakin tertekan, ekonomi semakin tercabar sepatutnya semua pemimpin duduk semeja bermusyawarah bagi menyelesaikan isu penting namun sejak dari pembebasan penjara pada 16 mei 2018 sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson jarang sekali dilihat tidak menyentuh soal jawatan perdana menteri, ini mengeruhkan lagi keadaan semasa yang sedang melanda negara.
Justeru, Dewan Pemuda Ikatan Perak (DPIP) menyeru sekali lagi agar semua ahli politik melakukan “gencatan politik” dan mulakan langkah memulihkan negara serta mengutamakan rakyat dibawah.
Kalau nak bercakap soal kuasa, sampai ke sudah tak habis. Kalau hari-hari asyik bercakap soal kuasa, kita pun letih.
Jangan memaksa, rakyat muak dan benci dengan politik kerana sikap sebegini dilihat mampu mengakibatkan penurunan jumlah pengundi pilihan raya umum.
Menjadi seorang pemimpin bukan soal cabaran kehidupan pemimpin itu tapi bercakap soal pemimpin ialah sentiasa bercakap tentang perit getir isu negara dan rakyat.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda Ikatan Perak
Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pandangan Malaysiaost
