Safawi marah media mana?

0
1
astro gempak

PENYERANG Harimau Malaya, Safawi Rasid yang kini berada di Portugal, meluahkan perasaan kurang senang terhadap media kerana didakwa memberi fokus terhadap kehidupan peribadinya.

Perkara itu diluahkan pemain yang kini beraksi secara pinjaman di kelab utama Liga Premier, Portimonense SC menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau tidak kisah jika ia berkaitan kerjaya sebagai pemain bola sepak, namun bukan membabitkan kehidupan peribadinya.

“Saya datang sini untuk kerja, saya tak nak dengar story2 (cerita) pasal life (hidup) saya , hope MEDIA faham! Kalau sebab kerja takda masalah bro, respect sikit,” katanya.

Dalam ciapan berasingan, Safawi mendakwa media terbabit tidak menemubualnya namun tetap menyiarkan berita mengenainya.

“Interview pun tak! Sedap-sedap buat story (berita). Semoga Allah balas apa yang korang buat,” katanya.

Tidak dapat dipastikan media mana yang dimaksudkan Safawi.

Beberapa hari lalu, Safawi berlepas ke Portugal untuk beraksi kelab Portimonense SC setelah membantu JDT menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

Media sebelum ini melaporkan, pemergian Safawi Rasid ke Portugal bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, malah pelakon dan ahli pernigaan, Syifa Melvin.

Menerusi video dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah.

Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa.

“Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya.

Dalam video lain, Lia turut menulis: ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa. -Malaysiapost

Foto Kredit: Astro Gempak