Muhammad Mustakim Ramli
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak ada ‘double standard’ dalam mematuhi arahan kuarantin.
Katanya, bersama beliau yang dikehendaki menjalani kuarantin di rumah ialah tujuh enteri dan enam timbalan menteri.
“Kesemua mereka ini juga tidak terkecuali daripada mematuhi arahan kuarantin. Mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya ingkar.
“Covid-19 tidak mengenal pangkat atau darjat. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan oleh kerana itu SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi oleh semua orang,” katanya dalam Perutusan Khas Covid-19.
Beliau sebelum itu turut menegaskan dirinya sendiri pada masa ini menjalani kuarantin di rumah setelah mesyuarat yang dipengerusikannya dihadiri seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.
“Ini adalah SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai Perdana Menteri saya tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP.
“Ini adalah kali kedua saya menjalani kuarantin di rumah sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita. Saya mesti patuh kepada peraturan,” katanya. – Malaysiapost

