Muhammad Mustakim Ramli
AKAUN Facebook MGAG dikecam ramai susulan memuat naik gambar berbentuk penghinaan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan gambar tersebar, MGAG yang mempunyai pengikut lebih 900,000 itu menunjukkan Noor Hisham membuat sidang media tanpa memakai seluar.
Antara yang tertulis pada gambar itu keadaan Ketua Pengarah bersiaran langsung ketika kuarantin.
Ia berikutan Noor Hisham ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas turut hadir dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Sabtu lalu serta berstatus kontak rapat.
Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadam dan admin MGAG yang dikenali Jun Yang turut memohon maaf atas keterlanjuran berkenaan.
“Saya memohon maaf kerana menghina DG Hisham yang bekerja dari rumah tanpa memakai seluar.
“Itu tidak bermaksud untuk tidak menghormatinya kerana dia telah bekerja keras untuk negara ini,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pada status permohonan maaf MGAG itu dikecam ramai.
Rata-rata pengguna Facebook, menggunakan kata-kata kesan kepada admin MGAG, selain ada yang mahu melaporkan kepada polis.- Malaysiapost.

