Bekas Ketua Penolong Setiausaha disyaki rasuah direman 7 hari

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman

SEORANG bekas Ketua Penolong Setiausaha sebuah kementerian direman kerana disyaki menerima rasuah bagi satu tender berjumlah RM118 juta.

Majistret Syah Wira Abdul Halim membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut sumber, suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan proses pemberian tender projek pembekalan baja dan menerima suapan kira-kira RM85,000 daripada syarikat pembekal berkaitan. – Malaysiapost