Nurul Huda Abhar
KERAJAAN Sabah hari ini memutuskan untuk melaksanakan 11 perkara, tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengekang penularan Covid-19 yang semakin meningkat.
Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, 11 perkara tersebut ialah:
i. Hanya membenarkan operasi premis perniagaan untuk perkhidmatan dan barangan perlu (essential services and essential goods)
ii. Menutup pasar raya kecuali premis perniagaan yang membekalkan perkhidmatan dan barangan perlu (essential services and essential goods)
iii. Tidak membenarkan dine-in di restoran, kedai makan dan gerai dan makan.
iv. Menutup tamu, pasar malam dan pasar tani.
v. Menutup rumah-rumah ibadat (masjid, surau, gereja, tokong dan lain-lain) kepada orang awam.
vi. Menutup taman awam, pusat rekreasi, Indoor dan Outdoor Playground.
vii. Menutup perpustakaan awam
viii. Menutup sekolah-sekolah termasuk taska, pusat jagaan, tadika dan tabika.
ix. Mengurangkan 50 peratus kapasiti sebenar penumpang bagi perkhidmatan bas henti-henti.
x. Mengehadkan kapasiti kenderaan persendirian kepada dua orang.
xi. Menjadikan Stesen Kuarantin yang telah diwartakan sebagai Pusat Wad Tambahan/Rawatan Pesakit (Hospital Extension).
Menurut Hajiji, kerajaan negeri berharap perkara itu dipersetujui serta diluluskan MKN dan pelaksanaannya berkuatkuasa serta-merta sehingga 16 Oktober.
“Rakyat Sabah diingatkan sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan dinasihatkan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi Covid-19 dengan tanggungjawab,” katanya. – Malaysiapost

