Muhammad Mustakim Ramli
KEGEMBIRAAN penyokong Liverpool dengan kekalahan Manchester United tidak bertahan lama apabila pasukan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu turut dibelasah, awal pagi tadi.
Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dibelasah teruk 2-7 oleh Aston Villa di Villa Park.
Liverpool bermula dengan teruk apabila penjaga gol Adrian, melakukan kesilapan dengan ‘memberikan’ bola kepada Ollie Watkins.
Bapak pertama sahaja menyaksikan Livepool ketinggalan empat gol menerusi jaringan hatrik Watkins iaitu pada minit ke-4, 22 dan 39 serta jaringan McGinn pada minit ke-35.
Tiga lagi jaringan Villa terhasil pada separuh masa kedua iaitu masing-masing menerusi gol Rose Barkley pada minit ke-55 dan dua gol oleh kapten pasukan, Jack Grealish pada minit ke-66 dan 74.
Gol saguhati Liverpool dijaringkan Mohamed Salah pada minit ke-33 dan 60.
Terdahulu, ‘rival’ Liberpool, Manchester United dibelasah Tottenham Hotspur 1-6 di Old Trafford.

Beraksi di gelanggang sendiri langsung tidak memberikan sebarang kelebihan buat United pada perlawanan ini walaupunmendahului lawan hasil sepakan penalti Bruno Fernandes seawal minit kedua.
Tottenham segera memberi reaksi pantas apabila berjaya menghasilkan dua jaringan pantas menerusi Tanguy Ndombele dan Son Heung-min pada minit ke-4 dan ke-7.
Derita United bertambah apabila Anthony Martial dilayangkan kad merah pada minit ke-28.
Kekurangan seorang pemain jelas mempengaruhi corak permainan United apabila bolos empat lagi jaringan selepas itu.
Empat gol berkenaan masing-masing menerusi dua gol jaringan Harry Kane pada minit ke-30 dan ke-79 serta Heung-min pada minit ke 37 dan Serge Aurier pada minit ke-51. -Malaysiapost

