Nurul Huda Abhar
BINTANG Harimau Malaya, Safawi Rasid berlepas ke Portugal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Selain ahli keluarga dan peminat yang hadir, turut mencuri tumpuan adalah pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KLIA) pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal.
Menerusi satu hantaran video dimuat naik pelakon, Lia Natalia, Syifa memberitahu telah melepaskan kesedihannya di rumah apabila ditanya adakah sedih dengan pemergian Safawi.
“Okay, dah nangis tadi. Dah lepas kat rumah,” katanya.
Sementara itu, dalam video lain Lia yang juga sahabat karib Syifa turut menulis “Aku tahu kawan aku kuat” dan dimuat naik semula Syifa.
Menerusi video tersebut, Syifa menunjukkan riak sedih ketika melihat Safawi melangkah ke balai pelepasan.
Lia juga memuat naik satu gambar mereka dengan tulisan “All the best permata negara Safawi”.
Safawi dan Syifa sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan cinta apabila tular kenyataan yang melaporkan aksi bintang bola sepak itu sedikit terganggu berikutan sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan dari pihak Syifa.
Namun sehingga kini, kedua-dua pihak belum memberi sebarang pengesahan mengenai hubungan mereka.
Tonggak sayap Harimau Malaya itu berlepas ke Portugal bagi menyertai kelab Liga Premier, Portimonense SC secara pinjaman selama semusim. – Malaysiapost

