KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua kluster baharu Covid-19 hari iniz iaitu Kluster Kau Sing di Sabah dan Kluster Embun di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Kai Sing dikenal pasti di Tawau yang mana kes indeks iaitu kes ke-10,755) adalah lelaki tempatan berumur 29 tahun.
Katanya, dia dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
Susulan itu, katanya, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif dikenal pasti iaitu lima warganegara dan dua kes bukan warganegara.
“Sehingga 12 tengah tadi, 27 individu telah disaring dengan tujuh dikesan positif Covid-19, sembilan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Beliau berkata, Kluster Embun di Selangor dikenal pasti di Hulu Langat yang mana kes indeks iaitu kes ke-11,147 adalah lelaki tempatan berumur 41 tahun.
Dia dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti.
“Setakat ini 52 individu telah disaring dengan lima dikesan positif Covid-19, 21 individu negatif dan 26 imasih menunggu keputusan,” katanya. – Malaysiapost

