Netizen serang Celcom

0
1

PETANG ini laman sosial dihujani hantaran berhubung rangkaian Celcom yang dilaporkan mengalami gangguan, hingga menimbulkan kemarahan penggunanya.

Rata-rata warganet yang menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi itu bertanya mengenai ‘line Celcom’ kepada pengguna lain di media sosial.

Malah setakat jam 4.20 petang tadi, Celcom menjadi trending di Twitter, mengatasi MPP UPSI yang terdahulu kecoh berhubung isu bas membawa pelajar yang disediakan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Ada pengguna meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap Celcom susulan gangguan rangkaian tersebut.

Sementara itu, Celcom Axiata menerusi kenyataan ringkas di Twitter memaklumkan pelanggan di beberapa kawasan di seluruh negara mungkin mendapati perkhidmatan suara dan data mereka terjejas kerana masalah teknikal.

“Pasukan teknikal kami berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ini dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya. – Malaysiapost

Tangkap layar kemarahan pengguna Twitter