Zizi Kirana cari pemanggil wanita dalam segmen MHI

0
1

PENYANYI, Zizi Kirana ingin mencari wanita bernama Jamaliah Mohamad yang menjadi pemanggil dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), pada Khamis lalu.

Ini berikutan pemanggil tersebut terkeliru antara dirinya dengan penyanyi, Sissy Imann yang menjadi artis jemputan pada program itu.

Sebagai penghargaan atas peminat yang menghargai lagunya, Zizi ingin bertemu dengan wanita yang berasal dari Taiping itu.

“Tolong gais, saya mencari akak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya. 012-3678060,” tulisnya di laman Instagram, semalam.

Sementara itu, menurut laporan media, pihak MHI ada menghubungi Zizi dan memberitahu tidak dapat mengesan nombor telefon pemanggil kerana panggilan dibuat dari luar.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu ‘Eh’ itu, beliau berharap dapat bersua muka dengan pemanggil wanita itu walaupun hanya dengan panggilan video berikutan penularan Covid-19 masih meningkat.

Menurut Zizi, jika berjaya menemui pemanggil itu dia berbesar hati untuk menyanyikan lagu ‘Eh’ untuk wanita itu dan anaknya.

Penyanyi berusia 35 tahun itu turut berkongsi video berkenaan di laman Instagramnya bagi tujuan meminta bantuan untuk mencari pemanggil itu.

Video berkenaan tular di laman sosial apabila tetamu jemputan segmen MHI Sissy Imann, berdepan detik lucu apabila pemanggil keliru dan menyangka dia adalah Zizi Kirana.

Pemanggil itu turut menyanyikan lagu ‘Eh’ dendangan Zizi dan berkata dia dan anaknya amat meminati lagu tersebut sehingga menjadikannya sebagai nada dering telefon. -Malaysiapost

https://www.instagram.com/p/CF1NSOaHl9j/?igshid=16goqjxd3g5gt