Keputusan tutup sekolah di Sabah ditentukan MKN, KKM

0
1

KETETAPAN sama ada sekolah di Sabah akan ditutup atau sebaliknya, hanya boleh diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya, berkata ketika ini hanya beberapa sekolah di Sabah yang sudah diarahkan tutup.

“Untuk penutupan sekolah ia hanya akan diputuskan oleh MKN dan KKM.

“Di Sabah kawasan seperti Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna memang ditutup sekurang-kurangnya 14 hari. Ia membabitkan 205 sekolah,” katanya kepada Malaysiapost.

Beliau berkata, setakat ini sekolah yang ditutup adalah Semporna (50), Lahad Datu (53), Tawau (83), Kunak (18) dan Kinabatangan satu.

“Untuk kawasan lain di Sabah belum ada sebarang keputusan penutupan di buat. MKN dan KKM akan buat keputusan nanti,” katanya.

Semalam, Kementerian Pendidikan dan KKM mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara terutama risiko kebolehjangkitan Covid-19 kepada pelajar sekolah.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin turut membincangkan mengenai kesan wabak kepada pihak sekolah. -Malaysiapost