Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air positif Covid-19

0
1

TIMBALAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan susulan.

Mengesahkan perkara itu, seorang pegawai kanan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua program membabitkan Masrizal di kementerian kini ditangguh.

“Ya beliau disahkan positif Covid-19, dan perkara itu disahkan oleh (Setiausaha Kerja Umno) Datuk Sumali Reduan kepada media,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat disahkan bagaimana Masrizal dijangkiti wabak berkenaan.

Masrizal adalah Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) yang juga senator dilantik memegang jawatan timbalan menteri.

Selain itu, beliau juga adalah Setiausaha Politik kepada Ahmad Zahid. -Malaysiapost