Covid-19: Kerajaan tambah aset di Pantai Timur Sabah – Ismail Sabri

0
1

KERAJAAN akan menambah anggota keselamatan dan aset bagi mengukuhkan Ops Benteng di pantai timur Sabah, dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui lorong tikus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kemasukan PATI dari negara jiran menjadi punca peningkatan kes Covid-19 di pantai timur Sabah.

“Ops Benteng telah pun digerakkan di pantai timur Sabah untuk memastikan PATI dapat disekat kemasukannya ke Sabah.

“Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari melihat keperluan untuk memperkasakan Ops Benteng di pantai timur Sabah.

“Ini termasuk menambah keanggotaan keselamatan dan aset, sama ada dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim Malaysia, khususnya untuk menghalang kemasukan PATI melalui lorong tikus,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, keadaan pantai timur Sabah yang panjang dan luas, selain banyak pulau yang dijadikan lokasi transit PATI hingga menyukarkan kawalan oleh pasukan keselamatan.

Katanya, bagi PATI yang tiada dokumen, mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen, manakala mereka yang memiliki MyKad tidak akan dibebaskan namun akan diletakkan di pusat kuarantin untuk menjalani kuarantin 14 hari. – Malaysiapost