Trump dan isteri positif Covid-19

0
2

[DUNIA] DONALD Trump dan isterinya Melania Trump disahkan positif Covid-19.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mengumumkan perkara berkenaan menerusi Twitternya, hari ini.

Trump berkata, beliau dan isterinya akan menjalani proses kuarantin dan pemulihan dengan kadar segera.

Terdahulu, Trump menjelaskan beliau dan Melania menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pegawainya, Hope Hicks dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan.

Trump menyifatkan pegawainya sering memakai pelitup muka sepanjang masa ketika bertugas, namun masih disahkan positif Covid-19.

“Dia memang disahkan positif. Saya baru mengetahui perkara ini. Dia positif. Dia seorang yang sangat rajin bekerja, sentiasa pakai pelitup muka, namun masih positif.

“Oleh itu, saya juga jalani ujian, kerana maklumlah, kami banyak luangkan masa bersama, begitu juga dengan isteri saya.

“Buat masa ini, kami akan memulakan proses kuarantin,” katanya memetik AFP.

Hicks dilaporkan menaiki penerbangan bersama Trump menggunakan pesawat rasmi AS, Air Force One, Selasa lalu untuk menghadiri debat presiden dengan ahli demokrat, Joe Biden di Cleveland.

Pegawai Trump itu turut dilaporkan menaiki helikopter Marine One keesokan harinya apabila Presiden AS dalam penerbangan pulang ke Rumah Putih, selepas menghadiri perarakan di Minnesota. -Malaysiapost