EXCO Pemuda Umno, Muhammad Faiz Hashim menyarankan tidak perlu diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi susulan kematian Datuk Liew Vui Keong, hari ini.
Beliau berkata, PRK tidak sesuai diadakan pada ketika ini dan mencadangkan kerusi berkenaan diberikan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).
“PRK Sabah pula di Batu Sapi…Tak payah lah buat PRK lagi. Bagi je lah pada Warisan.
“Masa tak sesuai untuk buat apa jua pilihanraya selagi wabak Covid-19 tak selesai,” katanya menerusi Facebook.
Beliau turut memaklumkan menghadapi kesukaran gara-gara dikuarantin.
“Saya nak habiskan kurantin 14 hari ni pun jenuh dah. Satu bulan tak jumpa family woo,” katanya yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Terdahulu, mendiang Vui Keong, 60, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
Sebelum ini dilaporkan Vui Keong berada dalam keadaan kritikal, akibat jangkitan paru-paru. -Malaysiapost

