89 individu ditahan ingkar PKP

0
2
KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Nilam Oshman

SERAMAI 89 individu ditahan atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 77 individu dikompaun manakala 12 direman.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (30), penjarakan fizikal (29), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (14), langgar perintah PKPDB (10) serta aktiviti dalam pub/kelab malam (lima) dan premis operasi tanpa lesen (satu),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng berjaya menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong.

“Turut dirampas adalah sebuah bot dan sembilan kenderaan darat.

“Selain itu, Sebanyak 84 Sekatan Jalan Raya (SJR) yang melibatkan PDRM (73), AKSEM (10) dan ATM (satu),” katanya.

Katanya lagi, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutama lorong-lorong tikus. -Malaysiapost