Larangan rentas daerah seluruh negara palsu – KKM

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mengeluarkan kenyataan larangan rentas daerah di seluruh negara seperti yang tular di media sosial.

KKM menerusi Facebook meminta orang ramai tidak berkongsi kenyataan palsu berkenaan.

“Ini adalah kenyataan PALSU! KKM tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Jangan kongsi atau tularkan kenyataan PALSU ini!,” kata KKM.

Sebelum ini tular di media sosial larangan rentas daerah seluruh negara akan dilaksana hari ini sehingga 16 Oktober depan.

Mesej palsu berkenaan juga turut mendakwa kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Malaysiapost