Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

0
2

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh sumber Parti Warisan Sabah (Warisan).

Mendiang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Sebelum ini dilaporkan Vui Keong berada dalam keadaan kritikal, akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang yang juga Pengerusi Tetap Warisan tidak kelihatan sejak pengumuman calon parti itu, kira-kira dua minggu lalu.

Semasa pilihan raya umum lalu, Vui Keong memenangi kerusi Batu Sapi dengan 12,976 undi atau majoriti 4,619. -Malaysiapost