AHLI Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak menjadi seorang hipokrit.
Beliau berkata, kalau Tun (Mahathir Mohamad) tak ikhlas dalam bersahabat dan berkawan.
“Sekurang-kurangnya Tun jadilah seorang negarawan seperti yg ditunjukkan oleh pemimpin jiran seperti BJ Habibie (bekas Presiden Indonesia) yang sentiasa membahagiakan watan dan dikenang zaman,” katanya menerusi status di akaun Facebook miliknya.
Ia susulan laporan media mengenai dakwaan Mahathir terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membelakangkan beliau untuk mendapat sokongan setelah dia membantu Anwar dapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Langkawi mendakwa Anwar bertemu dengan kerabat diraja dan parti lain untuk mendapatkan sokongan bagi dirinya sendiri dan bukannya menyokong pentadbiran Pakatan Harapan. – Malaysiapost

