Petugas Amanah di PRN Sabah positif Covid-19

0
2

PARTI Amanah Negara (Amanah) meminta semua petugas parti itu yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjalani saringan Covid-19.

Ia susulan salah seorang petugas dari Pulau Pinang yang membantu gerak kerja semasa PRN Sabah positif Covid-19.

Menerusi surat arahan yang dikeluarkan Setiausaha Agung Amanah, Dr Mohd Hatta Md Ramli itu, semua pengerusi negeri diminta memaklumkan kepada semua petugas yang terbabit.

Amanah juga meminta ahlinya yang pulang dari Sabah untuk menjalani ujian saringan dengan segera serta mengikuti perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Selain memberi kerjasama dan mengikut setiap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penularan pandemik berkenaan. -Malaysiapost