Nourul panik anak diserang sawan akibat denggi

0
1

Nurul Huda Abhar

BAGI yang bergelar ibu, pastinya akan risau jika anak tidak sihat dan perkara itu juga yang berlaku kepada penyanyi, Nourul Depp selepas anak lelakinya dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

Nourul, 43, menerusi satu hantaran di laman Instagram, memuatnaik foto anak lelakinya, Raphael Depp serta memaklumkan kanak-kanak itu juga diserang sawan selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2018.

“Sekali periksa darah la.. patutlah demam berulang. Rupanya denggi! Biadap punya nyamuk. Hang saja suka anak kecik kan.

“Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah… luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu,” tulisnya semalam.

Isteri kepada Eric Daniel Depp itu juga tidak dapat membayangkan perasaan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai penyakit lebih teruk.

“Sampai hospital, apa lagi mesti kena masuk drip semua kan. Adoi, mama pun nak nangis tengok masuk jarum.

“Terus terpikir, itu yang hanya jatuh sakit kena denggi. Macam mana kes anak orang lain yang lebih teruk dari ni? Macam mana hati mak pak tu nak tanggung tengok derita anak

“Yang pasti, ibu bapa mana suka anak sakit…Semoga Allah pelihara anak anak kita dan beri kesihatan yang baik,” katanya lagi.

Nourul berkahwin dengan Eric pada 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Sebelum ini, Nourul melalui perkahwinan pertama bersama penyanyi dan komposer, Ajai pada Disember 1996 dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah sebelum berpisah pada Februari 2007. – Malaysiapost