KEPUTUSAN sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sabah susulan peningkatan kes Covid-19 akan diketahui hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah berkata, perkara itu akan dibincangkan hari ini sebelum melaksanakan sebarang ketetapan.
Beliau berkata, penularan wabak Covid-19 di Sabah kian membimbangkan apabila dua lagi kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Katanya, kerajaan tidak boleh melaksanakan Temco ketika Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, kerana hendak memberi hak dan tidak mahu menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi serta memilih pentadbiran baharu.
“Keputusan sama ada kerajaan melaksanakan Temco di Sabah itu dijangka diumumkan petang ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Semalam, KKM merekodkan 150 kes baharu dan satu kematin serta mengenalpasti dua kluster baharu di Sabah iaitu Kluster
Buang Sayang di Sipitang dan Kluster Kg Sakong di Semporna.
Sebelum ini, enam kluster dikenalpasti di Sabah iaitu Kluster Benteng LD, Bangau-Bangau, Bakau, Pulau, Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau. – Malaysiapost

