Operasi TH Lahad Datu ditangguh sementara

0
2

OPERASI Pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

TH dalam kenyataan memaklumkan, penangguhan operasi tersebut dibuat susulan proses saringan kesihatan terhadap semua petugas di situ.

Menurut kenyataan itu, waktu operasi pejabat TH di Tawau dan Semporna, Sabah juga telah diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan bagi mengawal jangkitan Covid-19.

“Pendeposit boleh melakukan transaksi TH mengunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH,” katanya. – Malaysiapost