KETUA-ketua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan dalam perjalanan ke Istana Negeri di Kota Kinabalu.
Difahamkan, ia bagi mempersembahkan calon Ketua Menteri gabungan itu kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Ia sejurus selepas mesyuarat gabungan itu yang membincangkan soal calon Ketua Menteri di sebuah hotel di Kota Kinabalu, berakhir kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ditemui media memaklumkan beliau akan ke Istana Negeri bersama ketua-ketua parti dari GRS.
Beliau turut menyatakan rasa puas hati susulan pertemuan dengan pertemuan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) GRS, namun enggan mengulas keputusan mesyuarat termasuk soal Ketua Menteri.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan wakil parti yang terdiri daripada Umno, Bersatu, Star dan PBS yang menganggotai GRS akan mengadap Yang di-Pertua Negeri pada jam 2.30 petang. – Malaysiapost

