PRN Sabah: Mohd Shafie selesai mengundi

0
2

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Pusat Mengundi N66 Busgaya di Sekolah Kebangsaan Bubul Semporna untuk mengundi kira-kira jam 8.05 pagi tadi.

Shafie ditemani isteri beliau, Datin Shuryani Shuaib, mengundi di saluran satu di Pusat Mengundi berkenaan.

Ketika ditemui media selepas itu, Mohd Shafie berkata, setakat pagi ini jumlah pengundi yang keluar kelihatan sedikit kurang berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Saya melihat terdapat sedikit berkurang dari segi jumlah pengundi yang hadir pagi ini dan kemungkinan disebabkan pandemik Covid-19.

“Pengundi dari luar yang tinggal luar Semporna juga dilihat sukar untuk balik biasanya jam begini sudah lebih atau hampir 70 peratus jumlah pengundi keluar mengundi,” katanya.

Mohd Shafie seterusnya beredar meninggalkan pusat mengundi terbabit sekitar jam 8.28 pagi dan difahamkan melawat ke pusat mengundi lain sekitar daerah ini. -Malaysiapost