[LANGSUNG] Penentuan Sabah

0
2

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ditutup jam 5 petang tadi. Proses pengiraan undi bermula.

Malaysiapost akan membawa perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

12.30 tengah malam: Keputusan rasmi PRN Sabah:

Warisan – 29
PN – 17
BN – 14
PBS – 7
Bebas – 3
PKR – 2
UPKO – 1

12.25 tengah malam: Tan Sri Pandikar Amin Mulia (USNO) tewas di DUN Pintasan.

12.00 tengah malam: Sidang media Perdana Menteri. Tekan di sini untuk tonton.

11.40 malam: SPR sahkan GRS menang 37 kerusi

SURUHAJAYA Pilihan Raya (SPR) secara rasmi mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 37 kerusi setakat jam 11.30 malam tadi.

Kedudukan itu sekali gus membolehkan GRS membentuk kerajaan negeri yang baharu dengan majoriti mudah 37 kerusi yang diperlukan daripada 73, namun ia tidak diumumkan SPR.

Ia berdasarkan keputusan rasmi yang diperoleh daripada 65 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki lapan kerusi akan diumumkan kemudian.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) 14 dan Parti Bersatu Sabah menang enam kerusi.

Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) setakat jam 11.30 malam tadi memenangi 24 kerusi, Bebas menang 2 kerusi, manakala PKR dan UPKO masing-masing menang satu kerusi.

11.34 malam: Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tiba di rumah Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sambil tergesa-gesa memasuki kediaman pemimpin berkenaan.

Rumah pemimpin Sabah itu itu juga dibanjiri penyokong Warisan yang semakin ramai sbil menunjukkan mood berbeza daripada sebelumnya.

Mereka juga bersorak ‘Warisan Bermaruah’.

11.20 malam: Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mewakili Perikatan Nasional menang di kerusi DUN Tambunan

Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Foto Kredit: The Star

11.05 malam: Datuk Peter Anthony dari Warisan menang di DUN Melalap, mengatasi calon BN, Jamawi Jaafar

Datuk Peter Anthony (kiri), Foto Kredit: Borneo Today

10.19 malam: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman tewas di DUN Bongawan.

Datuk Seri Anifah Aman

10.10 malam: Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew menang di DUN Api-api dengan majoriti 5,347 undi.

Datuk Christina Liew, Foto Kredit: Bernama

9.55 malam: Rina Jainal (Warisan) menang di DUN baharu, Kukusan.

Rina Jainal

9:52 malam: Twitter Azmin Ali

9.26 malam: Twitter Annuar Musa

9.16 malam: (Tidak Rasmi) Isu kenyataan insiden Lahad Datu hanya sandiwara tidak melemahkan sokongan Datuk Mohamaddin Ketapi apabila menang di DUN Segama.

Datuk Mohamaddin Ketapi

8.55 malam: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila gabungan itu memenangi 37 kerusi.

8.50 malam: (Tidak Rasmi) Warisan Plus tumbang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara tidak rasmi memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan apabila menang 37 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.50 malam.

Warisan Plus setakat ini hanya memperoleh 15 kerusi, manakala dua kerusi dimenangi calon Bebas.

8.45 malam: (Tidak Rasmi) GRS hampir bentuk kerajaan, Warisan tumbang.

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) dijangka membentuk kerajaan Sabah yang baharu selepas secara tidak rasmi menang 33 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat jam 8.45 malam ini.

GRS memerlukan empat lagi kerusi untuk mengesahkan mereka merampas Sabah daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutunya.

Gabungan itu membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Setakat ini, Warisan Plus menang 21 kerusi iaitu 13 milik Warisan, enam dimenangi DAP dan PKR menang dua kerusi. – Malaysiapost

8.30 malam: (Tidak Rasmi) PN mendahului PRN Sabah.

Setakat jam 8.30 malam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendahului keputusan tidak rasmi PRN Sabah dengan 28 kerusi manakala Warisan Plus mendapat 14 kerusi.

Umno setakat ini mendahului pungutan kerusi gabungan itu dengan 11 kerusi, Bersatu (7), Star (5) dan PBS (5).

Warisan Plus pula Warisan kini memiliki tujuh kerusi, DAP (6) manakala PKR (1).

Selain itu, calon Bebas memperoleh satu kerusi.

8.26 malam: (Tidak Rasmi) Datuk Seri Salleh Said Keruak (BN) menang di DUN Usukan.

Datuk Seri Salleh Said Keruak

8.24 malam: (Tidak Rasmi) PN (Calon PBS) menang di DUN Matunggong

8.20 malam: Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor mendahului sebanyak 3,100 undi di kerusi DUN Sulamam

8:15 malam: (Terkini)

8.07 malam: Twitter Akmal Nasir

8.05 malam: (Tidak Rasmi) Presiden UPKO tewas.

Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau tewas di DUN Kiulu kepada Datuk Johniston Bangkuai (PN-PBS).

PN juga menang di DUN Tamparuli – Bernama

Joniston Bangkuai

8.00 petang: (Tidak Rasmi) Warisan mendominasi di Semporna.

Parti Warisan mengekalkan dominasi di semua tiga kerusi DUN di Parlimen Semporna iaitu Sulabayan, Senallang dan Bugaya.

Di Parlimen itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertanding di Senallang dan Datuk Jaujan Sambakong di Sulabayan.

7.48 malam: Warisan Plus pertahan kerusi DUN Luyang menerusi calonnya, Phoong Jin Zhe dalam keputusan tidak rasmi setakat ini.

Ini kerana, Jin Zhe memperolehi undi melebih jumlah majoriti biarpun proses pengiraan undi masih berlangsung.

Jin Zhe setakat ini memperolehi 14,153 undi berbanding calon SAPP, Gee Tien Siong iaitu 937 undi.

7:45 malam: (Tidak Rasmi) Dun Lamag sehingga jam 7:45 malam.

https://twitter.com/khairulnewsmpb/status/1309822499270488069

7.45 malam: N.55 – ELOPURA

Voo Min Gin (PCS) – 112
Chan Boon Thian (BN) – 1,945
Khairiah @ Siti Khairiah S. Mohd. (USNO) – 136
Calvin Chong (Warisan) – 7,214
Chong Thien Ming (LDP) – 145
Pak Andi @ Mohd. Sani (PPRS) – 57

7.40 malam: Calon DAP mempertahankan kerusi DUN Elopura dan Sri Tanjong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Berdasarkan kiraan undi tidak rasmi, Calvin Chong yang juga penyandang kerusi Elopura mengekalkan sekali lagi kerusi berkenaan, manakala Justin Wong pula bagi kerusi Sri Tanjong.

Ia selepas kedua-duanya melepasi jumlah undi yang diperlukan untuk memenangi kerusi berkenaan.

Biarpun jumlah undi menurun kerana peratusan mengundi lebih rendah, kedua-dua calon itu meraih jumlah perkadaran undi lebih baik berbanding pada pilihan raya lalu.

7.35 malam: (Tidak Rasmi) – PN menang di N39 Tambunan, N12 Sulaman dan N32 Klias – Bernama

Datuk Hajiji Noor, calon PN DUN Sulaman

7.20 malam: Timbalan Presiden Warisan, Darrel Ignatius Leiking mendahului saingan di DUN Moyog namun diikuti rapat calon Star, Joe Suleiman dan calon PBS John Chryso Masabal.

Bagaimanapun, maklumat masih lagi belum sepenuhnya tepat, memandangkan Malaysiakini baru mengira data berjumlah 2.89 peratus pengundi yang layak di DUN Moyog(19,465).

Terdapat tujuh calon bersaing merebut kerusi Moyog.

7.20 malam: (Tidak Rasmi) Shafie Apdal mendahului di N.65 Senallang.

Peti Undi: SK Kampung Pokas
Jumlah Peti Undi diterima : 5/36

D.PG.Ahmad Datu Ali Alam (PPRS) – 3
Mohd Shafie Apdal (Warisan) – 157
Norazman Hj Utoh Nain (PN) – 43
Mohd Ramzan Abdul Wahab (Usno) – 5
Madjalis KK Lais (PCS) – 3

Jumlah Undi Mengikut Parti:
PPRS – 6
Warisan – 500
PN – 168
Usno – 8
PCS – 7

Majoriti : 332

Datuk Seri Shafie Apdal

7.16 malam: (Tidak Rasmi) Andi Muhammad Suryady Bandy mendahului di Tanjung Batu:

Warisan Plus mendahului di DUN:

Likas, Kapayan, Sook, Elopura, Sulabayan, Sri Tanjong, Luyang, Sindumin, Nabawan, Tanjung Papat, Senallang, Sebatik

GRS mendahului di DUN:

Bingkor, Lamag, Sekong

Andi Muhammad Suryady Bandy

7.15 malam: (Tidak Rasmi) N.64 Sulabayan:

Peti Undi: SK Pulau Bum-Bum
Jumlah Peti Undi diterima : 12/37

Alahuddin Mohd Sarah (PCS) – 6
Jaujan Sambakong (Warisan) – 153
Abdul Manan Indanan (BN) – 49

Jumlah Undi Mengikut Parti:
PCS : 32
Warisan : 1640
BN : 531
Majoriti : 1109

7:12 malam: (Tidak Rasmi) N.65 Senallang setakat jam 6.50 petang

Peti Undi: SK Bukit Lalang

Warisan – 141
PCS – 0
PN – 39
USNO – 1
BEBAS (Abdul Jan Muammil) – 0
PPRS – 2
BEBAS (Rasidan Abdul Latif) – 0

7.10 malam: Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan tidak rasmi PRN Sabah DUN Tanjung Batu dimenangi Exco Pemuda Umno, Andi Suryadi.

7.01 petang: (Tidak Rasmi) Di kerusi DUN Tanjung Papat menyaksikan calon DAP mendahului kiraan undi berbanding parti lain.

Calon DAP, Datuk Frankie Poon yang juga penyandang kerusi itu mendapat 4,457 undi setakat ini.

Ia disusuli calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapati 1,588 undi, PPRS (29), LDP (46), PCS (57) dan USNO (255).

6.57 petang: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendahului saingan di DUN Lamag.

Bung setakat ini meraih 55.47 peratus undi (5 peratus undi telah dikira daripada 8,157 jumlah pemilih berdaftar).

DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Bung melawan calon Warisan, Mohd Ismail Ayub.

Ismail mengekori Bung dan mendapat 40.15 peratus undi yang dikira setakat ini.

6:51 petang: (Tidak Rasmi) N.65 Senallang setakat jam 6.50 petang

Peti Undi: SK Bukit Lalang

Warisan – 141
PCS – 0
PN – 39
USNO – 1
BEBAS (Abdul Jan Muammil) – 0
PPRS – 2
BEBAS (Rasidan Abdul Latif) – 0

6.25 petang: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di ibu pejabat Umno Sabah.

“Mari tunggu dan lihat,” kata calon Lamag itu ketika disambut media.

Semua pemimpin BN akan berkumpul di bangunan berkenaan menunggu keputusan PRN. Para pemimpin Umno yang lain seperti Ismail Sabri Yaakob dan Shamsul Anuar Nasarah juga tiba.

6.05 petang: DAP mendahului pengiraan awal di kubu kuatnya, Elopura, yang terletak di Sandakan.

Calon DAP Calvin Chong mendahului pengiraan awal di kubu kuatnya, Elopura apabila memperoleh 80.83 peratus undi.

Pencabar terdekatnya ialah Chan Boon Thian dari MCA, yang memperoleh 15 peratus undi.

Terdapat enam calon yang bersaing untuk Elopura. Empat calon lain kemungkinan akan hilang wang deposit.

5:50 petang: Beberapa peti undi telah tiba di Pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Masyarakat Semporna bagi tiga DUN.

Beberapa petugas SPR dilihat memasuki dewan sebelum menyerahkan peti undi untuk proses pengiraan.

Terdapat 113 saluran mengundi membabitkan 32 Pusat Mengundi bagi ketiga-ketiga DUN iaitu N64 Sulabayan, N65 Senallang dan N66 Bugaya di Parlimen Semporna.

Dewan Masyarakat Semporna

5.45 petang: Pertembungan di DUN Sook sengit apabila kiraan tidak rasmi, Raymond Ahuar daripada PKR memperoleh 234 undi, diikuti oleh calon Star Ellron Angin dengan 228 undi.

DUN Sook merupakan kerusi selamat untuk BN-PBRS. Sekiranya calon Star atau PKR menang, ia adalah sejarah baharu di Sabah

Ellron menyandang kerusi DUN Sook. Dia berpaling daripada BN-PBRS untuk bergabung dengan Star pada akhir 2018.

5:39 petang: SEMUA 741 pusat mengundi yang membabitkan 2,540 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ditutup tepat jam 5 petang tadi.

Setakat jam 3 petang tadi hanya 58 peratus daripada 1,088,711 pengundi keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi antara 70 hingga 75 peratus.

5.35 petang: Calon MCA, Lu Yen Ting sedang mendahului di DUN Kapayan, dengan memperoleh 52.91 peratus undi setakat pengiraan ketika ini.

Calon MCA, Lu Yen Ting

Penyandang kerusi Kapayan, Jannie Lasimbang dari DAP ketinggalan dengan setakat ini baru memperoleh 18.61 peratus undi.

Jannie juga berada di belakang calon PBS, Edwin Bosi.

5.30 petang: Sebanyak 82 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, 64 daripadanya direkodkan di Sabah

4.30 petang: PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalani kuarantin berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19 ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahmad Zahid kini menjalani kuarantin

Difahamkan, beliau mempunyai kontak rapat dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno , Datuk Razlan Muhammad Rafii, yang dilaporkan positif baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan dirinya sedang mengadakan perbincangan secara atas talian.