Calon Ketua Menteri akan dibincang segera – Bung Moktar

0
2

CALON Ketua Menteri Sabah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibincangkan secepat mungkin, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Kita akan berbincang secepat mungkin (menentukan calon Ketua Menteri),” katanya.

Ditanya sama ada akan wujud masalah dalam menentukan calon Ketua Menteri, Bung Moktar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata, masalah akan timbul jika ia sengaja dicari.

GRS secara tidak rasmi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan majoriti mudah selepas menang 37 kerusi setakat 9 malam tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kerajaan pimpinan Warisan Plus tumbang.

Sebelum ini, antara calon Ketua Menteri GRS yang disebut-sebut adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor selain Bung Moktar sendiri. – Malaysiapost