Faizal Tahir dilambung kuda setinggi 7 kaki

0
2

DILAMBUNG hampir tujuh kaki oleh seekor kuda, penyanyi, Faizal Tahir, 42, tidak serik malahan membeli haiwan berkenaan untuk dipelihara.

Menurut Faizal, kejadian cemas itu berlaku ketika dia menunggang haiwan tersebut untuk pengambaran video muzik terbaharunya, Nobody.

“Ceritanya hari pertama penggambaran… itu pertama kali saya naik kuda, semasa latihan semua okay, tapi masa nak rakaman saya pakai robe (jubah panjang) dan mungkin terkena belakang badan kuda menyebabkan ia terkejut.

“Kuda itu cuba campak saya menyebabkan saya melambung hampir tujuh kaki. Semua kru tergamam dan tawakal sahajalah.

“Alhamdulillah, saya jatuh dalam keadaan baik, tak ada patah atau kecederaan cuma sakit badan sahaja,” katanya seperti dilaporkan mstar.

Beliau berkata, dia memang berniat ingin membeli seekor kuda dan dimakbulkan oleh Allah walaupun baru sahaja belajar menunggang.

Katanya, kuda jantan berusia 11 tahun itu diberi nama Jibrail dibeli bulan lepas dengan harga hampir RM 10,000.

“Selalunya orang takut nak pelihara kuda sebab kos mahal tapi sebabkan saya selalu bertanya-tanya dapatlah seekor kuda di bawah harga
RM10,000. Alhamdulillah.

“Kalau ikutkan ada yang lagi mahal tapi saya dapat dengan harga begitu. Selain itu, saya kene peruntukan kos penjagaan bulanan untuk Jibril bagi memastikan ia berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Tambahnya, menunggang kuda merupakan satu sunnah, bagus untuk kita turuti.

“Saya percaya kalau sunnah nabi, pasti ada kebaikan. Kita kena buat dulu baru tahu hikmahnya. Contoh saya nampak, sekarang ini selepas saya solat subuh, saya tak tidur semula, terus pergi tengok kuda dekat Maeps, Serdang untuk bagi makan dan selalu bawa anak-anak menunggang dan mandikan kuda sekali,”katanya. – Malaysiapost