Dulu Ayah Pin umum ada kerajaan langit – Shabery

0
2

PENGUMUMAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan terus mendapat perhatian.

Terbaharu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang seolah-olah menyamakan dakwaan Anwar itu seperti Ayah Pin.

“Dulu ada Ayah Pin, dia mengumumkan dia ada kerajaan di langit. Pun ramai pengikut,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Shabery turut memuatnaik gambar Ayah Pin serta Presiden PKR itu menerusi hantaran yang sama.

Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad adalah pengasas kepada “Kerajaan Langit” yang disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat.

Kumpulan itu beroperasi di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.

Dia dilaporkan meninggal dunia pada 22 April 2016 pada usia 74 tahun.

Semalam, Anwar mendakwa memiliki sokongan kukuh dan menyakinkan daripada majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan menggantikan Perikatan Nasional.

Beliau berkata, sokongan diterimanya adalah daripada pelbagai parti, malah majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen Melayu. – Malaysiapost