Majlis mengadap Anwar ditangguh – Istana Negara

0
1
KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin bercakap pada sidang media di Istana Negara hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??KUALA LUMPUR, Feb 25 -- Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin briefing the media at the Istana Negara today.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED?int,@P11

Fitri Nizam

ISTANA Negara mengesahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata majlis mengadap telah ditangguhkan kerana kegeringan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan di Institut Jantung Negara.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, Jemaah Menteri Kabinet dan individu-individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak
Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda
berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan,” katanya. -Malaysiapost