Jika benar, bubarkan saja Parlimen – Pemuda Umno

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Duski berkata lebih baik Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada berterusan sandiwara tukar kerajaan.

Ia susulan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu yang kukuh.

“Jika benar sebagaimana didakwa, elok dibubarkan sahaja Parlimen jika berterusan sandiwara perubahan kerajaan sebegini.

“Ia pastinya merosakkan kestabilan dan merosakkan kesejahteraan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Beliau juga mempersoalkan tujuan Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat gerakan ketika Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara. – Malaysiapost