‘Lockdown’ di tiga lokasi palsu – Ismail Sabri

0
1

SEKATAN pergerakan atau ‘lockdown’ empat hari bermula semalam hingga 24 September di tiga lokasi di Semporna, tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata maklumat ‘lockdown’ melibatkan Kampung Air, Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Simunul, tidak sahih.

Katanya, beliau tidak pernah mengumumkan mengenai perkara itu yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

“Kalau tak ada PC (sidang media) dari saya, cerita itu tak betul. Kalau kita tengok dari segi logiknya tak pernah ada ‘lockdown’ empat hari, biasanya kita buat PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) selama 14 hari.

“Jadi, tengok empat hari itu nampak cerita itu tak betul. Ia berita palsu,” katanya dalam sidang media hari ini. – Malaysiapost