SYARIKAT perbankan UOB terpaksa menutup sementara cawangannya di Kepong di Bandar Manjalara,selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.
Tinjauan Malaysiapost di lokasi mendapati cawangan bank itu kini dalam proses sanitasi oleh pihak berwajib.
UOB dalam kenyataan berkata, cawangan itu akan ditutup sehingga 6 Oktober bagi proses pembersihan.
“Dukacita dimaklumkan, bahawa seorang daripada kakitangan kami di cawangan ini telah dijangkiti virus Covid-19.
“Bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan, kami menutup cawangan ini buat sementara waktu untuk proses pembersihan,” katanya.
Justeru, pelanggan yang mahu berurusan dikehendaki mengunjungi cawangan berhampiran iaitu di Kota Damansara dan Uptown Damansara. – Malaysiapost

