Agong terima rawatan di IJN

0
2

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera, Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata, baginda dimasukkan ke Wad Diraja IJN dan keadaannya tidak membimbangkan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi bergegas pulang pada hari ini untuk bersama dengan baginda,” katanya.

Tunku Hajah Azizah membatalkan lawatan itu yang dijadualkan selama tiga hari sehingga esok.

Seluruh rakyat diseru untuk bersama-sama mendoakan semoga baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.- Malaysiapost