Tan Sri Wan Mokhtar meninggal dunia

0
1

Fitri Nizam

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad meninggal dunia di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur jam 6.20 pagi tadi.

Pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Wan Abdul Hakim meminta orang ramai mendoakan kepemergian ayahnya dipermudahkan dan diampunkan dosanya oleh Allah.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau,halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan.

“Maklumat selanjutnya tentang urusan pengebumian di Kuala Lumpur akan saya maklumkan,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan punca kematian bekas pemimpin Umno itu.

Wan Mokhtar adalah Menteri Besar Terengganu bermula 1974 hingga 1999.

Beliau kemudiannya dihantar menjadi Duta Besar Malaysia di Arab Saudi pada tahun 2000 hingga 2005. – Malaysiapost