Tiada kompromi bagi ekstremis – Muhyiddin

0
1
PUTRAJAYA, April 25 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during special interview at his office at Perdana Putra today. --fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Nurul Huda Abhar

TAN Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil pendekatan yang ekstrem atau melampau dalam usaha membela dan mempertahankan kesucian Islam.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu dielakkan supaya tidak berlaku sebarang isu yang akan menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Kita mesti ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan kaum dan agama.

“Justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk amalan ekstremisme yang boleh menggugat keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan khas bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dan Yang DiPertua Yadim, Nasrudin Hassan.

Menurut Muhyiddin, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan amalan dan fahaman ekstremisme tanpa mengira agama.

“Dalam usaha kita membela kedudukan Islam dan memelihara kemurnian akidah umat Islam, pendekatan yang kita ambil mestilah berteraskan prinsip hikmah dan nasihat yang baik,” katanya. – Malaysiapost