Nurul Huda Abhar
PELAWAK Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharip menerima sijil penghargaan Wira Covid-19, Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh isterinya, Shafeeqa Johari yang turut menemaninya di majlis tersebut menerusi hantaran di laman Instagram.

Shafeeqa juga mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang telah bertungkus lumus menyiapkan sut peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan.
“Last (akhir) sekali ambil sijil ialah @akueatu. Dia naik pentas pun orang gelak. Ini adalah untuk semua volunteer (sukarelawan) yang membantu kami menjahit PPE..Terima kasih semua,” katanya.
Turut menerima penghargaan sebagai Wira Covid-19 adalah Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, di atas usaha dan sumbangan beliau membantu memerangi wabak Covid-19.
Penghargaan diberikan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dalam memberi sumbangan kepada PKD Hulu Langat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
-Malaysiapost

