ESSCOM lancar Op Cegah PATI Khas di tiga daerah

0
1

KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melancarkan Op Cegah PATI (OCP) Khas di tiga daerah bagi mengekang penularan Covid-19.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, operasi itu sebahagian langkah proaktif bagi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin  (PATI) yang berkemungkinan dijangkiti wabak Covid-19 sehingga menyebabkan jangkitan kluster baharu meningkat.

Jelas beliau, fasa pertama operasi itu dilaksanakan bermula hari ini sehingga 30 September melibatkan daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

“Kita percaya ada kemungkinan PATI yang bekerja di negeri ini yang ketika ini berada di negara asal mereka, akan cuba untuk kembali menggunakan laluan tikus bagi menyusup masuk semula ke tiga daerah ini.

“Kehadiran pasukan keselamatan di kawasan yang dikenalpasti bertujuan mewujudkan elemen cegah rintang sekali gus mengekang kemasukan mereka dan penjenayah lain yang boleh mengancam seperti penjenayah rentas sempadan termasuk Kumpulan Abu Sayyaf,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad berkata, operasi itu juga sebagai sokongan untuk membantu kerajaan memutuskan rangkaian pandemik itu daripada terus tersebar. – Malaysiapost