PBS kini secara rasmi bersama PN

0
2

PARTI Bersatu Sabah (PBS) secara rasminya menjadi rakan kongsi politik kepada Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Detik bersejarah itu dimaklumkan menerusi kenyataan di Facebook rasmi PN.

“Sejarah tercipta. PBS secara rasminya telah menjadi rakan kongsi politik kepada PN pada hari ini.

“Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Nordin Jahim telah menandatangani perjanjian persefahaman politik (political partnership agreement) di Pusat Khidmat Masyarakat PBS Tamparuli.

“Turut hadir dan menjadi saksi perjanjian persefahaman tersebut adalah Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN,” kata kenyataan itu.- Malaysiapost