ARTIS popular Jepun yang terkenal dalam siri superhero ‘Kamen Rider Hibiki’ ditemui meninggal dunia di kediamannya, di Tokyo, Isnin lalu.
Ashina Sei, yang membawa watak Hime dalam drama siri tersebut meninggal dunia pada umur 37 tahun.
Memetik laporan Veriaty.com, pihak polis mengesahkan kematian pelakon wanita itu disebabkan tindakan bunuh diri.
Mayat Ashina ditemui kakaknya selepas dia tidak menjawab panggilan telefon sejak Ahad lalu.
Ashina memulakan kariernya sebagai model fesyen pada usia remaja sebelum melangkah masuk ke dunia lakonan.
Dia mula muncul dalam era lakonan dalam drama bertajuk The Tail of Happiness (Shiawase no Shippo) pada tahun 2002.
Sejak itu kerjaya seninya semakin menyinar mengalahkan 800 penggiat seni Jepun yang lain setelah membintangi drama Silk, yang juga merupakan hasil kerjasama tiga negara iaitu Jepun, Kanada dan Itali pada tahun 2007.
Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, nama Ashina cukup terkenal kerana kerap muncul dalam drama televisyen dan filem.
Antara drama di mana Ashina membawa watak utama ialah Nanase : The Psychic Wandered (2010), dan siri Aino : Tokyo Detective Duo (2017-kini).
Selain itu, pelakon itu juga menjadi suara latar drama siri American Revenge pada tahun 2011. – Malaysiapost

