Kluster Benteng LD: 427 kes positif setakat ini

0
2
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

[Covid-19] SEBANYAK 62 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan kluster Benteng LD di Sabah mencatat 48 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan perkembangan baru ini menjadikan  jumlah kes positif kluster ini kini 472.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 7,247 individu telah disaring dalam kluster tersebut iaitu 1,531 di Lahad Datu dan 5,716 di Tawau.

Di Lahad Datu, katanya, 141 kes dikesan positif Covid-19 dengan 48 kes baharu, manakala 1,306 individu negatif dan

84 individu menunggu keputusan.

“Di Tawau, 331 kes dikesan positif Covid-19, 2,764 individu negatif dan 2,621 lagi menunggu keputusan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster itu, pecahan saringan melibatkan 1,379 banduan dan tahanan di mana 429 kes didapati positif Covid-19.

“Seramai 1,156 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau disaring di mana 10 kes dikesan positif.

“Selain itu, 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 10 dikesan positif; 994 pegawai agensi kerajaan lain (tiada kes positif) dan

2,467 kontak sosial dengan 23 kes dikesan positif Covid-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 472 kes positif Covid-19 membabitkan kluster tersebut, 214 adalah warga Malaysia manakala 258 bukan warganegara iaitu 167 Filipina dan 91 Indonesia. 

Sebanyak 26 kes telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah kumulatif discaj kini 9,235 kes dan tiada kes baharu kematian dicatatkan hari ini – Malaysiapost