Foto Kredit: FB Ustaz Ebit Lew
PENDAKWAH Ustaz Ebit Lew mengakui sayu apabila menerima ucapan Selamat Hari Malaysia dari golongan gelandangan warga emas.
Menerusi hantaran di Facebook, Ebit Lew memaklumkan ketika berada di Pulau Pinang tengah malam tadi, beliau meluangkan masa untuk berjumpa golongan berkenaan.
“12 malam tadi pusing dekat Penang. Sayu rasa masa pusing jumpa ramai pakcik makcik Chinese (Cina) tidur tepi jalan. Ramai juga tidur dalam beca.
“Ada yang uzur tua sakit. Kerja kutip barang terpakai dan kerja bawa beca. Ada juga tidak bekerja.
“Terima kasih. Selamat Hari Malaysia. Sayu bila mereka cakap selamat hari Malaysia. Ada yang cakap duit raya sempena hari Malaysia ke,” katanya yang turut memberi makanan dan wang tunai.
Katanya, sepanjang meluangkan masa bersama golongan itu, sebahagian dari mereka mengadu sudah tidak sihat.
“Saya sudah tua, saya sakit. Dengar tu lagi sayu rasa. Macam mana lah kita dah tua-tua esok yer.
“Best dapat berjalan berkongsi rezeki dan dapat berbual dengan pakcik makcik ini semua,” katanya. -Malaysiapost




